Blog terbaru
Tuesday, February 13th, 2007Assalamualaikum kawan-kawan…
Pertama kali setelah lama menjadi ahli frienster, saya tulis ‘post’. Agak ketinggalan, nak buat macam mana, agak sibuk dengan urusan seharian. Walau bagaimana pon,saya amat menghargai kawan-kawan yang masih lagi sudi ke blog saya yang sebelum ini tidak seberapa. Mungkin, sebelum nih, ada yang tidak dapat lihat photo album saya. Apa pon, dengan suka citanya saya ingin menjemput semua ke blog terbaru saya dan keluarga di alamat:
http://rahran.freehostia.com
Jika ada komen atau cadangan silalah, tinggalkan komen. Harap kawan-kawan masih sudi merapatkan silaturahim dengan saya. Yang bekas pelajar saya di uitm satu masa dulu, ringan2 kan la mulut, panggil saya dengan panggilan akak jer atau nama Amizon pon tak per,.. atau Ami pon apa salahnya,terasa muda sikit….hehehe….
Sedikit perkongsian pengalaman, sepanjang saya di sini, cabaran memahami budaya dan bahasa Deutsch sudah semakin hari semakin ringan dan mudah, hanya dengan mendekatkan dan melapangkan diri mempelajari bahasa dengan tekun. Dengan masa yang agak kurang dan terbatas, saya cubakan juga belajar bahasa di pusat bahasa ‘private’ 2kali seminggu selepas waktu pejabat. Dengan cabaran yang ada di mana, permohonan saya daripada Professor saya agar membenarkan saya melalui kursus intensif selama 6 bulan (hari2 belajar bahasa) di sini tidak berjaya.Maka dengan peluang yang agak kurang itulah saya cubakan juga memastikan saya dapat bercakap bahasa Deutsch. Dan setelah setahun,semakin hari semakin mudah untuk mengingati bahasa dan ‘grammar’,tambahan pula dengan dugaan di mana urusan pejabat juga memerlukan juga kemahiran bahasa. Namun, cabaran tetap semakin hari semakin mencabar, akan tetap diharungi, dengan harapan, pulang ke tanahair dengan segulung ijazah, Dr.-Ing., insyaAllah, dan yang paling manis, pulang dengan kerinduan oleh kawan2 Deutsch.
Sudi2 la kunjung ke blog lain saya dan keluarga,moga2… kita semua akan semakin rindu merindui hehehehhehe…..
Yang jauh di perantauan, Amizon dan keluarga…Aachen, Deutschland.