Azan berkumandang

Dear All, Assalamualaikum….

Apa kabar bloggers? Apa kabar kekawan ku dalam Friendster.  Saya tidak biasa menulis blog, terpikir adakah hendak menulis mengenai dugaan hidup, diari hidupku, atau kejayaan ku, kemenangan ku, kesusahan ku atau sebagainya.Dah lama terasa teringin nak tulis sesuatu. Akhirnya hari ini ku mendapat satu idea dari emel yang ku terima daripada siapa tidak ku ketahui dari alamat emelnya, dan emelnya ku lihat di dalam ‘BULK’. Tapi tajuk emel sangat menarik dan mengingati ku pada perbuatan ku setiap hari sejak dari dulu sampai sekarang. Iaitu tidak berdiam diri semasa mendengar azan. Sejak berada di bumi Germany nih, sudah maklum tidak dapat mendengar azan dari masjid, sudah tentu, walaupun masjid besar Aachen dekat dengan rumah hanya dalam 2 km dari rumah ku, lebih kurang 10 minit berbasikal atau 20 minit berjalan kaki. Maklum la di negara bukan Islam. Jadi suami tercinta ku, menggunakan program Adzan dari internet, dan setiap kali masuk waktu, azan akan berkumandang di rumah. Tapi, bila dah masuk waktu ‘Summer’ ni, Isyak masuk waktu agak lewat iaitu pada  lebih kurang 12 malam, dan subuh pula habis lebih kurang pada 5 pagi. Bila, malam,perlahannya bunyi azan di waktu siang akan jadi kuat di waktu malam sudah tentu. Salahku, pada satu hari, bila semua masih belum tidur, bila berkumandangnya azan isyak, terasa tersangat kuat, kebetulan tingkap dibuka sebab angin sepoi2 bahasa masuk sungguh menggoda. Jadi ku takut jiran Mat Salleh ku marah sebab bising memandang ku pernah mendapat aduan daripada nya ‘Summer’ lepas, sebab anak-anak ku bising lepas pukul 10 malam. Maklum la tingkap ku buka selalu. Apa salahku?, kerana memikirkan takut pada manusia, aku dengan sepantas kilat merendahkan bunyi azan dari komputer ku. Si kecil iaitu anak ku rupanya melihat gelagatku kalut merendahkan suara azan. Dengan tidak sengaja ku telah mengajar anakku si kecil berumur 2 tahun setengah, bila saja mendengar azan, tutup suaranya…padahal ku tidak bermaksud mengajar dia begitu.Rupanya, bila saja si kecil mendengar azan keesokan harinya, dia pon sepantas kilat cuba merendahkan suara azan walaupun di waktu siang…Aastagfirullah…salah ku….tindak tanduk ku dilihat anak si kecil ku, kononnya menolong mak nya, tapi sebenarnya semua bermula dari SALAHKU.

Dengan penuh insaf, ku perlu memberitahu dan menceritakan pada anak ku walaupon si kecil, betapa besarnya mendengar azan, perlu berhenti membuat apa-apa, hanya mendengar azan dan cuba menjawab azan tersebut. Didik dengan penuh kasih sayang, kuasa mulut dengan kasih sayang lebih jika dibandingkan dengan kuasa kekerasan(menampar dsgnya).

Dari sini betapa pentingnya, orang-orang tua seperti kita, menjadi model kepada anak-anak kecil…tidak kira sesiapa…tindak tanduk kita dilihat dan dijadikan model. Segala percakapan dan perbuatan dilihat dan mungkin diikuti.

Bayangkan anak-anak yang selalu jerit-jerit dan marah-marah, gaduh.gaduh…semua itu ku rasa bukan sengaja dia mendapat sikap secara semulajadi. Ku percaya ‘nearly’ 100 % dipelajari dari persekitaran, dari mana, sudah tentu, daripada orang-orang yang berdekatannya dengan mereka, percaya atau tidak percaya, daripada keluarga, ibu bapa, kakak, abang dan kawan-kawan. Dengan ini, ku bertekad, akan cuba menunjukkan model terbaik untuk anak-anak ku. Walaupun ada sesetengah perkara yang kita tidak ajar tapi masih dilakukan oleh anak-anak. Maka,sudah menjadi tanggungjawab kita menegur dengan penuh kasih sayang dan menceritakan kebaikan melakukan yang baik. Dengan anak-anak kecil dapat ku peluk cium dan sambil menceritakan moralnya. Tapi dengan pelajar-pelajar ku, tidak dapatla ku peluk cium dan sebagainya. Hanya dapat menunjukkan kasih sayangku dengan teguran manis dan senyuman dengan gigi ku yang putih tak putih tu..hehehheh….

anak-anak…kawan-kawan..bekas pelajar-pelajar ku, maafkan sekiranya sebelum ini selama perkenalan dan pergaulan kita, ku tidak menunjukkan model terbaik dan moral terbaik. Sejak ku berjuang di bumi ini dengan suami dan anak-anak, tanpa pertolongan dari keluarga dalam mendidik anak-anak dan sebagainya, maklum la jauh, banyak ku pelajari dan kenali diriku, banyak yang boleh ku jadi diri ku sebagai model. Ajar anak-anak penuh hikmah dan kasih sayang sebagaimana suami tercinta setiap kali menegur ku sekiranya ada yang tak kena, penuh hikmah dan lemah lembut…
Maafkan juga ku kepada bekas-bekas pelajar yang dulu pernah menghadiri kelas Bioprocess, di mana masih ku ingat, setiap kali azan asar berkumandang, kekadang ku lupa untuk bersama-sama berdiam diri walau sekejap sehingga azan habis. Aastagfirullahala’zim…maafkan ku….

Akhir kata, bacalah tazkeerah azan di bawah,petikan dari emel..sama-sama kita memanfaatkan darinya. Alhamdulillah….

ya
Azan


Pesanan
Semasa Mendengar Azan…


Kematian itu pasti
menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa….  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang
menahan kesakitan ’sakaratul  maut’.


Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita
disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan


berkumandang.


Sebagai
orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika
lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa
ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
. 

Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat
mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu
marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya
lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul
maut menghampiri kami. 

Amin
..amin..amin
Yarobbal a’lamin.."


WASIAT
NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi
orang ‘ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam
berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   
Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi  orang
yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.

2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)   
Merahsiakan ujian yg  menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA
itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan
keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)     Memohon
yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,  bagi AHLI
IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2)
    Menghisab  dirinya.
3)     Memperbanyakkan
ibadah kepada Allah  s.w.t.


Wang RM50
kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu
kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu

lama untuk
berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan

bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang

berfikir dan
berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya
.
 

Kepada
sahabatku yang dimuliai & dihormati…

Kita
boleh mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ‘ surat  berantai’ melalui

e-mail
mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan
dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3  kali…..

Leave a Reply